Akibat bisnes bankrap, suami isteri jual kandungan ‘aksi ranjang’

11 Nov 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Akibat bisnes bankrap, suami isteri jual kandungan ‘aksi ranjang’

JAKARTA – Terdesak akibat perniagaan bankrap, sepasang suami isteri di Blitar, Jawa Timur, nekad menghasilkan dan menjual kandungan pornografi di sebuah platform laman web berbayar sebelum kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa, lapor Detik News.

Suspek yang dikenali sebagai PEK, 40, dan isterinya, K, 38, berasal dari Daerah Panggungrejo, ditahan pihak polis selepas dikesan mengaut keuntungan lumayan mencecah puluhan juta rupiah setiap bulan hasil penjualan bahan terlarang tersebut.

Ketua Polis Blitar Kota, Asisten Komisioner Besar Polis (AKBP) Kalfaris Triwijaya Lalo berkata, kedua-dua suspek memperoleh pendapatan sekitar Rp 20 juta hingga Rp 30 juta (RM4,400 hingga RM6,700) sebulan melalui yuran langganan pengikut laman sesawang berkenaan.

“Bagi mengekalkan langganan, mereka memuat naik foto dan video lucah sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

“Kadar langganan yang dikenakan adalah sekitar Rp 180,000 (RM40) sebulan. Sepanjang menjalankan aktiviti tidak bermoral ini, kedua-dua suspek dianggarkan telah meraih pendapatan keseluruhan mencecah Rp 400 juta  (RM89,000),” katanya memetik laporan media tempatan, detikJatim.

Menurut Kalfaris, siasatan mendapati kegiatan haram itu mula dijalankan sejak Mac 2025 sehingga November 2026 atas persetujuan bersama selepas perniagaan yang diusahakan mereka sebelum ini muflis.

Kedua-dua suspek kini berada dalam tahanan polis bagi membantu siasatan lanjut di bawah undang-undang pornografi dan transaksi elektronik negara berkenaan. – AGENSI

 

The post Akibat bisnes bankrap, suami isteri jual kandungan ‘aksi ranjang’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved