Aleeya Mikayla perlukan RM100,000 untuk terus hidup

LocalHealth & Fitness
14 Oct 2026 • 8:32 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Aleeya Mikayla perlukan RM100,000 untuk terus hidup

SEBERANG PERAI – Selepas lima tahun menanti kehadiran cahaya mata sulung, sepasang suami isteri sekali lagi diuji apabila anak kesayangan mereka kini bertarung nyawa akibat kecacatan jantung kongenital yang serius.

Aleeya Mikayla Muhammad Syahir, berusia setahun, memerlukan dana sebanyak RM100,000 bagi menjalani pembedahan jantung dengan segera.

Bapanya, Muhammad Syahir Mohd. Nasir, 37, berkata, kebimbangan mula dirasai saat trimester akhir kehamilan isterinya, Balqis Ahmad Radzi, 30, apabila doktor mengesan degupan jantung bayi mereka agak lemah sebelum pembedahan dilakukan.

“Selepas dilahirkan, Aleeya Mikayla hanya sempat menangis sekali sebelum seluruh tubuhnya bertukar kebiruan akibat kekurangan oksigen. Dia terus dimasukkan ke inkubator untuk bantuan oksigen,” katanya kepada Kosmo!.

Menurutnya, Aleeya Mikayla disahkan menghidap kecacatan jantung kongenital serius yang menyebabkan aliran darah ke paru-paru untuk mendapatkan oksigen terganggu.

“Ketika baru berusia seminggu, anak saya telah menjalani pembedahan untuk memasukkan stent bagi meluaskan saluran darah yang sempit.

“Bibir dan kuku jarinya kerap bertukar kebiruan serta disertai sesak nafas jika bermain atau menangis,” katanya.

Menurutnya, seiring dengan pertumbuhan badan anaknya itu, saluran darah jantung yang sempit tidak lagi mampu memenuhi keperluan tubuhnya.

“Ketika pemeriksaan susulan pada Julai lalu, doktor kata pembedahan perlu dilakukan secepat mungkin kerana dikhuatiri boleh mengancam nyawa.

“Saya buntu apabila tidak mampu menampung kos pembedahan itu yang mencecah RM100,000,” katanya.

Pengerusi badan amal, One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, pihaknya berbesar hati untuk membantu keluarga dari Ipoh, Perak itu bagi mengumpul dana itu.

“Bapanya bekerja sebagai anggota polis bantuan dan ibunya suri rumah. Mereka hanya mampu tanggung RM20,000 dan memohon bantuan bagi
menampung baki RM100,000,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan sumbangan, boleh berbuat demikian menerusi akaun nombor 3193433435 (Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare) atau hubungi 04-539 9212.

The post Aleeya Mikayla perlukan RM100,000 untuk terus hidup appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved