Akibat Mahu Alat Sulit Lebih Besar, Lelaki Maut Beberapa Jam Lepas Pembedahan Kosmetik

Entertainment
20 Sep 2025 • 4:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki berusia 50 tahun dilaporkan meninggal dunia beberapa jam selepas menjalani pembedahan kosmetik membesarkan alat sulit di sebuah klinik estetik di daerah Zhongshan, pada 17 September lalu.

Prosedur itu difahamkan menelan kos lebih NT$400,000 (bersamaan kira-kira RM56,000).

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa yang diberi bius sekitar jam 9 pagi menjalani pembedahan hingga selesai sebelum tengah hari.

Namun, keadaannya merosot ketika berada di bilik pemulihan. Pemeriksaan sekitar jam 7 malam mendapati dia tidak lagi bernafas. Pasukan paramedik yang tiba kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

image is not available
Gambar Hiasan

Insiden mengejutkan itu menggemparkan ahli keluarga yang bergegas ke klinik berkenaan sebaik dimaklumkan. Saudara terdekat dilapor mempersoalkan sama ada prosedur keselamatan dipatuhi sepenuhnya serta kesesuaian fasiliti tersebut untuk menjalankan pembedahan berisiko.

Susulan kejadian, pihak polis menahan pakar bedah yang mengendalikan prosedur itu. Doktor terbabit sebelum ini pernah disabitkan kesalahan dalam satu kes pembedahan lain yang turut meragut nyawa.

Pihak berkuasa memaklumkan, bedah siasat akan dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian lelaki tersebut. Siasatan lanjut masih dijalankan terhadap klinik dan pakar bedah terbabit.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.