Akibat pelanggaran disiplin pasukan, pemain dibuang?

Football
31 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Akibat pelanggaran disiplin pasukan, pemain dibuang?

David Moyes menyatakan bahawa keputusan untuk tidak menyenaraikan Jack Grealish dalam perlawanan Piala Liga Inggeris (EFL) yang menyaksikan Everton menewaskan Newcastle United adalah keputusan pihak kelab, berikutan ada unsur pelanggaran disiplin kelab.

Everton tidak mendedahkan butiran lanjut, namun difahamkan keputusan tersebut diambil kerana pemain itu tidak hadir ke sesi latihan tanpa kebenaran.

"Anda mungkin tahu bahawa saya tidak akan memberikan sebarang perincian," kata Moyes.

"Ini adalah keputusan kelab, saya tidak mahu mengulas lanjut mengenainya."

Moyes menegaskan bahawa dia menyokong keputusan untuk tidak menyenaraikan pemain sayap England itu, yang kini beraksi untuk Everton secara pinjaman daripada Manchester City.

Bintang berusi 31 tahun itu menghabiskan sebahagian besar musim lalu bersama The Toffees dengan mencatatkan dua gol dan enam bantuan gol dalam 20 penampilan, sebelum mengalami kecederaan kaki pada bulan Januari yang menamatkan musimnya lebih awal.

Dia kemudian kembali ke City dan tampil sebagai pemain gantian ketika kekalahan 3-0 mereka kepada Arsenal dalam perlawanan Perisai Komuniti di Wembley pada bulan Ogos.

Dia kembali menyertai Everton sebelum jendela perpindahan ditutup dan telah tampil sebanyak lima kali untuk kelab itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Apabila ditanya sama ada Grealish akan kembali untuk aksi EPL menentang Newcastle pada hari Isnin, Moyes menambah: "Saya tidak akan mendedahkan sebarang berita mengenai pasukan."

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved