Akmal Saleh mahu RCI baharu, teliti isu TH -“Kalau nak dedah, dedah sepenuhnya…”

LocalPolitics
26 Aug 2026 • 11:22 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempertahankan desakan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu ditubuhkan bagi menyiasat semula isu pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH).

Nyatakan rakyat juga berhak tahu status pemindahan aset TH

Menerusi hantaran di Facebook, Akmal menyatakan rakyat juga berhak mengetahui status pemindahan aset TH kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) 1.0, termasuk persoalan mengenai nilai aset serta jumlah tunai yang telah diterima TH.

Dakwanya, aset TH yang dipindahkan kepada UJSB ketika itu bernilai RM9 bilion, manakala UJSB dikatakan membeli aset tersebut pada harga RM19 bilion melalui terbitan sukuk.

“Dan berapa jumlah tunai yang telah Tabung Haji terima sehingga hari ini? Adakah hanya kertas hutang yang dipanjangkan tempohnya sahaja?” soalnya.

Kenyataan tersebut dibuat sebagai respons terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim yang mempersoalkan kewajaran desakan supaya RCI baharu ditubuhkan berhubung isu pengurusan TH.

Jangan dedah separuh-separuh

Muhammad Kamil sebelum ini dilaporkan berkata, laporan RCI bukan alat untuk mencari keputusan yang memihak kepada mana-mana parti politik, sebaliknya diwujudkan untuk mencari kebenaran berdasarkan fakta, dokumen dan keterangan.

Dalam pada itu, Dr Muhamad Akmal turut merujuk kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang juga pemimpin PKR dan sebelum ini menuntut penjelasan mengenai situasi melibatkan UJSB.

“Kalau nak dedah, kita dedah sepenuhnya bukan separuh-separuh sahaja,” katanya.

Image from: Akmal Saleh mahu RCI baharu, teliti isu TH -“Kalau nak dedah, dedah sepenuhnya…”

Sumber: Facebook Akmal Saleh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved