
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) direman selama tujuh hari sehingga 27 Ogos bagi membantu siasatan berhubung pendedahan kerugian dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai organisasi tersebut.
Majistret Ezrene Zakariah mengeluarkan perintah reman itu selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada hari ini (21 Ogos).
Memetik Berita Harian, individu tersebut juga adalah ahli korporat terkenal yang pernah memegang jawatan di beberapa syarikat terkemuka di negara ini.
SPRM Tahan 7 Individu Termasuk CEO & Bekas Pengurusan Kanan
Pada 15 Ogos lalu, SPRM menahan tujuh individu termasuk seorang wanita. Merdeka terdiri daripada seorang CEO, pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan Lembaga TH bersabit isu RCI TH.
CEO Syarikat Perkapalan Disyaki Kemuka Dokumen Palsu Kepada Tabung Haji
Lapor Harian Metro, suspek pertama yang ditahan adalah seorang CEO sebuah syarikat perkapalan bergelar Datuk berusia dalam lingkungan 60-an.
Dia disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu ketika membuat bayaran kepada Tabung Haji melibatkan pemalsuan dokumen kontrak sebuah syarikat petroleum untuk kepentingan syarikat miliknya.
Baca Artikel Berkaitan: Jabatan Audit Negara Gagal Tegur TH Isytihar Hibah 2017 Sebanyak RM2.75 Bilion – RCI Tabung Haji
Suspek Ke-2 & 3 Disyaki Perdaya Pegawai TH Untuk Buat Pelaburan Kepada Syarikat Pembinaan
Dalam pada itu, suspek kedua dan ketiga masing-masing bergelar Datuk dan Datuk Seri berusia dalam lingkungan 60-an pula ditahan kerana disyaki memperdayakan pegawai TH untuk membuat pelaburan ke sebuah syarikat pembinaan dengan menjanjikan potensi syarikat akan disenaraikan ke Bursa Saham Malaysia.
Baca Artikel Berkaitan: RCI Tabung Haji: SPRM Tahan Bekas CEO, CFO Selepas Disyaki Salah Guna Kuasa Beli Saham Nilai RM370 Juta
Empat Suspek Lain Ditahan Kerana Disyaki Terlibat Dalam Kegiatan Rasuah
Manakala empat bekas pengurusan kanan TH termasuk seorang bergelar Datuk Seri dan seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah sehingga mendorong TH memasuki perjanjian pajakan empat buah hotel dengan sebuah syarikat di Arab Saudi berjumlah SR2.49 bilion, sekaligus menyebabkan TH berdepan kerugian besar.
Namun begitu, hanya dua suspek lelaki iaitu CEO syarikat perkapalan dan pengarah syarikat pembinaan bergelar Datuk direman manakala lima lagi suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM atas faktor kesihatan.
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Orang Pertama Bagi Kerjasama” – Isu Laporan RCI Tabung Haji, Abdul Azeez Sedia Disiasat Semula
Sebelum ini, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mendedahkan bahawa Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat kerugian hampir RM13 bilion menerusi 14 pelaburan yang mana tujuh (7) daripada itu mencatatkan kerugian 100%.
Menurut beliau, punca utama masalah tersebut adalah disebabkan salah laku kewangan dan pelaburan.
Baca Artikel Berkaitan: ‘7 Daripadanya Rugi 100%’ – Amir Hamzah Dedah Tabung Haji Kerugian RM13 Bilion Daripada 14 Pelaburan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: ‘Nak Bahas Saya Atau Tabung Haji?’ – Anwar Selar Pembangkang Keluar Dewan Rakyat Atas Alasan PM Tak Hadir
Baca Artikel Berkaitan: Tabung Haji Rugi RM10 Bilion Sebab Tak Ikut Peraturan & Banyak Masalah Sejak 2014 – Anwar






