Akmal Saleh sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS

LocalPolitics
24 Aug 2026 • 3:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengesahkan beliau akan menghadiri Muktamar Pemuda PAS yang dijadualkan berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 3 September ini.

Image from: Akmal Saleh sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS

Memetik laporan Berita Harian, beliau berkata, kehadiran itu dibuat susulan jemputan rasmi daripada Pemuda PAS kepada kepemimpinan Pemuda UMNO untuk bersama-sama menghadiri muktamar berkenaan.

“Pertamanya memang ada jemputan daripada Pemuda PAS untuk menghadiri muktamar berkenaan dan insya-Allah, saya sudah menyatakan komitmen untuk hadir,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini, hari ini.

Menurutnya, pertemuan itu juga dilihat sebagai ruang untuk kedua-dua sayap parti berinteraksi serta bertukar pandangan menerusi program rasmi.

Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, beliau bersama barisan kepemimpinan Pemuda UMNO akan memenuhi jemputan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Akmal berkata Perhimpunan Agung Pemuda UMNO yang dijadual berlangsung pada 10 September ini akan memberi perhatian terhadap persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU).

Artikel lain: PRN Melaka: Jika BN pilih PH, PAS ada ‘plan B’ – Abdul Hadi

Perhimpunan itu turut menjadi medan kepada perwakilan Pemuda UMNO untuk mengemukakan cadangan yang boleh dipertimbangkan bagi memperkukuh manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

“Pada perhimpunan itu nanti kita akan buka untuk perwakilan mencadangkan perkara terbaik untuk dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) dalam mendepani PRU.
“Kita akan dengar pandangan serta cadangan daripada perwakilan dan seterusnya dibawa berbincang ke peringkat tertinggi parti untuk diputuskan.
“Saya yakin, perwakilan Pemuda banyak idea yang boleh diketengahkan dan sudah pasti kita akan pertimbangkan,” tambahnya lagi.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved