Muktamar Pas: UMNO akan hantar wakil

LocalPolitics
23 Aug 2026 • 12:35 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Muktamar Pas: UMNO akan hantar wakil

KUALA LUMPUR: UMNO akan menghantar wakil ke Muktamar Tahunan Pas ke-72 yang bermula 2 September ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan perkara itu sebagai respon daripada kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang sudah menghantar jemputan Rabu lalu.

“Kita pasti akan menghantar wakil ke muktamar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Ekspo Pelancongan dan Perdangan Islam Dunia serta Festival Seni dan Kebudayaan Dunia di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Semalam,Takiyuddin berkata, Pas telah membuat jemputan kepada kepada Ahmad Zahid yang juga merupakan Presiden UMNO serta tiga lagi pimpinan parti itu untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas.

“Kita masih menunggu. Kita menjemput Presiden UMNO sendiri serta tiga pimpinan parti itu. Terpulang kepada mereka mahu hadir atau sebaliknya.

“Surat jemputan dibuat tiga hari lalu dan kita masih mempunyai tempoh 10 hari sebelum berlangsungnya Muktamar Pas di Kelantan. Saya akan berhubung dengan mereka,” katanya dipetik sebelum ini. –UTUSAN

 

The post Muktamar Pas: UMNO akan hantar wakil appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved