Akmal Saleh tegaskan bendera ‘negara haram’ hanya layak dipijak, bukan dikibarkan

LocalPolitics
12 Oct 2025 • 4:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menzahirkan rasa kecewa dan mengecam tindakan pihak yang didakwa mengibarkan bendera ‘negara haram’ Israel sebagai gimik persembahan dalam satu acara baru-baru ini.

Bendera negara haram tak wajar dikibarkan

Memetik perkongsian Akmal di Facebook, beliau menegaskan bahawa bendera rejim Zionis itu tidak wajar dikibarkan di negara ini kerana ia melambangkan kezaliman terhadap rakyat Palestin.

“Taraf bendera negara Israel ini hanyalah untuk dipijak dan dibakar sahaja terutama di dalam negara kita ini dan bukan untuk dikibarkan tidak kira secara gimik ataupun apa,” katanya.

image is not available

Bendera negara haram tidak patut diberi penghormatan

Kenyataan yang dibuat Akmal adalah merujuk kepada program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza anjuran bersama Komuniti Floating Market Sri Tanjung yang tular di media sosial selepas menampilkan bot dengan bendera Israel, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai.

Menurut beliau, bendera adalah lambang kehormatan sesebuah negara, namun rejim Zionis telah hilang kelayakan untuk dihormati akibat kekejaman terhadap rakyat Gaza.

“Bendera adalah lambang kehormatan sebuah negara, maka dengan apa yang telah dilakukan oleh regim jahanam pada saudara kita di sana, mereka tidak langsung layak untuk dapat penghormatan dari kita,” katanya.

image is not available

Penganjur digesa minta maaf

Beliau turut menggesa penganjur tampil memohon maaf secara terbuka atas tindakan itu yang dianggap menyinggung sensitiviti umat Islam.


“Saya menggesa dan mendesak agar penganjur yang dikatakan mengibarkan bendera isewel sebagai gimik persembahan itu boleh meminta maaf atas salah keterlanjuran,” tegasnya.

image is not available

Artikel lain: GSF: Malaysia takkan berkompromi dengan kezaliman, hina suara kemanusiaan sejagat – Fadillah

Jelasnya lagi, Pemuda UMNO tidak akan berkompromi dengan mana-mana tindakan yang boleh disifatkan sebagai memberi penghormatan kepada rejim penindas rakyat Palestin.

Sumber: Facebook Dr Akmal Saleh