PM Anwar sambut baik titah Sultan Selangor, tegaskan kerajaan MADANI takkan gadai maruah

LocalPolitics
18 Sep 2025 • 6:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Majlis Perumahan Mampu Milik Negara menegaskan kerajaan beriltizam memastikan pembangunan Kampung Baru membawa manfaat sebenar kepada rakyat tanpa mengorbankan maruah, hak dan sejarah yang menjadi kepentingan nasional.

“Kerajaan berpegang teguh bahawa setiap keputusan mesti berpaksi kepada kesejahteraan rakyat dan kelangsungan identiti masyarakat,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

image is not available

PM Anwar sambut baik titah Sultan Selangor

Beliau berkata demikian sebagai menyambut titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung sejarah, masa depan dan hala tuju pembangunan Kampung Baru yang disifatkan selari dengan pendirian Kerajaan Madani.

image is not available

Hari ini, Sultan Sharafuddin bertitah agar kepentingan dan kelangsungan orang Melayu ketika ini dan pada jangka masa panjang di Kampung Baru dipelihara.

Baginda menegaskan, penempatan itu merupakan simbol penting kelangsungan serta maruah orang Melayu di ibu kota dan sebarang pembangunannya perlu mengambil kira kepentingan masyarakat Melayu.

image is not available

Tegas beliau, Kerajaan Madani memberi penekanan dalam menghargai warisan sejarah serta merangka pembangunan yang adil dan seimbang, selaras dengan titah Sultan Sharafuddin.

Sumber: FB Anwar Ibrahim