Akmal Saleh tegur mahasiswa bakar karikatur PM -“Berani bukan bermakna hilang adab”

LocalPolitics
24 Jun 2025 • 9:40 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh tegur tindakan segelintir mahasiswa yang membakar karikatur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa satu demonstrasi di Sabah, baru-baru ini.

Akmal Saleh tegur tindakan kurang beradab

Menerusi hantaran yang dibuat di Facebook, beliau menzahirkan rasa kecewa dengan perbuatan itu dan menyifatkannya sebagai tindakan yang tidak beradab walaupun dilakukan atas dasar keberanian bersuara.

“Berani bukan bermakna kita harus hilangkan adab sebagai manusia,” ujarnya.

image is not available

Akmal Saleh tegur mahasiswa, sedia bersemuka dengan ‘adik-adik’

Dalam pada itu, Dr. Akmal juga telah menyatakan kesediaannya untuk bersemuka secara terbuka dengan para pelajar yang tidak berpuas hati dengan tegurannya.

“Boleh aturkan perjumpaan dengan saya… abang akan sampai untuk jumpa adik-adik depan-depan,” tambah lagi.

image is not available

Sebelum ini, insiden ketika Perhimpunan Gempur Rasuah Sabah 2.0 anjuran Suara Mahasiswa UMS di Kota Kinabalu telah menyaksikan lebih 100 peserta turun berarak membantah pelbagai isu di negeri itu.

Demonstrasi itu berakhir dengan tindakan beberapa individu membakar karikatur wajah Anwar, yang kemudian mengundang siasatan pihak polis.

image is not available

Artikel lain: Ketua Pemuda PKR kecam aksi bakar karikatur Anwar – “Biadab dan gagal sampaikan hujah”

Susulan daripada tindakan tersebut, Akmal menegaskan bahawa meskipun wujud perbezaan pandangan politik, ia bukan alasan untuk menghina pemimpin negara secara terbuka, sebaliknya, adab dan tatasusila tetap perlu dijaga.

Sumber: Facebook Akmal Saleh