Akmal Saleh Tiba Di Mahkamah Atas Dakwaan Menyebabkan Ketakutan Kepada Awam

LocalPolitics
22 Aug 2025 • 10:28 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia akmal Saleh

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tiba di Mahkamah Majistret sekitar jam 8.20 pagi tadi bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan. Pertuduhan itu berkait dakwaan menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam.

Menurut laporan Harian Metro, ketibaan beliau disambut meriah dengan laungan ‘Hidup Pemuda!’ oleh ratusan penyokong yang berhimpun sejak awal pagi.

Puluhan anggota polis turut dikerahkan di lokasi bagi mengawal keadaan serta memastikan keselamatan terjamin.

Pulang awal dari umrah demi hadir ke mahkamah

image is not available

Difahamkan, Akmal pulang awal dari Tanah Suci Makkah selepas menunaikan umrah bagi menghadapi pertuduhan ini.

Isu bermula pada 14 Ogos lalu, apabila beliau mengetuai lebih 300 individu daripada UMNO, BERSATU dan PAS dalam satu perarakan sejauh 1.4 kilometer. Perarakan itu sebagai tanda bantahan terhadap tindakan sebuah kedai perkakasan yang memasang bendera Malaysia secara terbalik di Kepala Batas.

Laporan polis dibuat oleh DAPSY

image is not available

Berikutan itu, DAP melalui sayap Pemudanya (DAPSY) mengarahkan laporan polis dibuat ke seluruh negara terhadap tindakan Akmal.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata laporan tersebut dibuat di bawah beberapa seksyen Kanun Keseksaan termasuk:

  • Seksyen 503: Menakutkan secara jenayah
  • Seksyen 504: Sengaja mengeluarkan kenyataan mengaibkan dengan niat membangkitkan kekacauan

Akmal Saleh akui tuduhan berkait himpunan solidariti

Menerusi hantaran Facebook sebelum ini, Akmal menjelaskan bahawa pertuduhan di mahkamah berkaitan kehadirannya dalam Himpunan Solidariti Bendera Pulau Pinang.

Beliau turut dipanggil ke IPD Dang Wangi pada 15 Ogos lalu bagi memberi keterangan berhubung himpunan yang berlangsung hingga jam 2 pagi keesokan harinya.

Pssttt! Dalam memperjuangkan isu sensitif, kawalan emosi dan saluran betul amat penting. Perbezaan pandangan jangan sampai mencetuskan perpecahan sesama rakyat.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.