Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?

LocalPolitics
14 Oct 2026 • 11:12 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?

PETALING JAYA: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membayangkan bahawa akan bertanding di kawasan lain dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini.

Perkara itu selepas Muhamad Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia membuat hantaran berterima kasih kepada rakyat di Merlimau dan menyoal beliau akan ke kerusi DUN mana selepas ini.

“Terima kasih Merlimau Selepas ini ke mana? Kalau ke Serkam atau Sungai rambai boleh ke? Atau ada cadangan lain?” katanya dalam hantaran tersebut.

Muhamad Akmal pada PRN 2021, memenangi DUN Merlimau selepas memperoleh 3,248 undi majoriti dan menewaskan dua calon lain daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). –UTUSAN

 

The post Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau? appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved