AKPS zahir takziah pemergian Norhazwani

16 Oct 2026 • 12:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: AKPS zahir takziah pemergian Norhazwani

PETALING JAYA – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Pembantu Penguasa Sempadan KS1, Norhazwani Ibrahim yang meninggal dunia malam tadi.

Allahyarham bertugas di AKPS Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi hantaran di Facebook, AKPS memaklumkan pemergian Allahyarhamah amat dirasai oleh rakan sekerja dan seluruh warga agensi berkenaan.

“Semoga segala jasa, pengorbanan dan kebaikan Allahyarham sepanjang perkhidmatan menjadi amal jariah yang berpanjangan,” menurut kenyataan itu.

AKPS turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pegawai kerajaan berusia 35 tahun ditemui maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di sebuah unit kuarters KLIA kira-kira pukul 7.30 malam tadi. – KOSMO! ONLINE

The post AKPS zahir takziah pemergian Norhazwani appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved