Taobao Akan Perkenal Penghantaran Percuma Ke Malaysia Bermula 3 Ogos – Untuk Pembelian Pakaian

TechnologyDigital
23 Jul 2024 • 7:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Taobao, salah satu perkhidmatan edagang yang berpusat di China, kini melihat kepada kaedah untuk bersaing dengan perkhidmatan seperti Shein dan Temu. Sebagai salah satu langkah untuknya, Taobao akan mula memperkenalkan penghantaran percuma ke beberapa buah negara, bermula 3 Ogos 2024 kelak – untuk pembelian pakaian.

image is not available

Antara negara yang akan terlibat pada program rintis ini adalah Malaysia, Korea Selatan, Singapura, Taiwan, dan juga Hong Kong. Sebuah kategori khusus akan diperlihatkan pada laman Taobao yang menyenaraikan pelbagai barangan dengan sokongan penghantaran percuma ini. Taobao dijangka akan menawarkan barangan berbentuk pakaian sahaja dibawah program ini buat masa ini.

Taobao dijangka akan subsidi kos penghantaran berkenaan, dan tidak memberikan kesan kepada para penjual di platform tersebut.

Selain Taobao, khusus untuk pasaran Malaysia juga, Alibaba mempunyai penawaran platform edagang mereka sendiri melalui Lazada. Memandangkan Lazada meliputi pelbagai variasi kategori produk, maka langkah Taobao yang memfokuskan penghantaran percuma untuk pakaian ini dijangka tidak memberikan impak yang besar pada Lazada.