Akses Kepada iOS 17 Versi Beta Pembangun Kini Ditawarkan Percuma

TechnologyDigital
7 Jun 2023 • 7:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Untuk mencuba versi iOS paling baharu anda biasanya memerlukan akaun pembangun dengan langganan tahunan $99 (~RM456) untuk individu atau $299 (~RM1377) untuk perusahaan. Pengguna biasa pula perlu menunggu iOS Beta yang diberikan lebih lewat. Tetapi tahun ini berbeza kerana Apple menawarkan akses kepada iOS 17, iPadOS 17 atau watchOS 10 percuma kepada semua.

image is not available

Ini bermakna jika anda berminat, kesemua sistem operasi yang baru diumumkan di WWDC semalam boleh dicuba sekarang. Walaupun percuma anda masih perlu mendaftarkan akaun Apple ID anda ke laman pembangun Apple untuk mendapatkan profil beta.

image is not available

Agak menarik untuk melihat Apple memberikan akses ini secara percuma. Sebelum ini jika pengguna berdegil masih inginkan akses awal, profil pembangun boleh dimuat turun secara tidak sah dan Apple telah pun menghentikannya.

Walaupun kesemua sistem operasi ini sudah boleh diuji, kami tidak menyarankan pembaca mencubanya dahulu. Ini adalah kerana secara lazimnya versi untuk pembangun ini mempunyai pelbagai isu yang tidak dapat diselesaikan dengan mudah oleh pengguna biasa.