Aksesori RGB Menyebabkan Isu Permainan Ranap Dengan Kemaskini Windows 11 Terbaru

TechnologyGaming
24 Aug 2026 • 1:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aksesori RGB Menyebabkan Isu Permainan Ranap Dengan Kemaskini Windows 11 Terbaru

Pada 11 Ogos 2026, Microsoft telah memperkenalkan kemaskini sekuriti yang dimuat-turun secara automatik yang dinamakan kemaskini WIndows 11 KB5121003. Kemaskini ini dibuat secara automatik kerana ia tidak memperkenalkan sebarang ciri baru, dan hanya memperlihatkan kemaskini latar belakang.

Akan tetapi, kemaskini latar belakang ini nampaknya bertelagah dengan sistem pencahayaan RGB jika komputer anda mempunyai sebarang aksesori ataupun komponen dalam komputer yang menggunakan sistem pencahayaan RGB yang boleh diubahsuai melalui perisian.

Image from: Aksesori RGB Menyebabkan Isu Permainan Ranap Dengan Kemaskini Windows 11 Terbaru

Apa yang akan berlaku ialah sesetengah permainan akan menghadapi isu ranap atau crashing ke desktop apabila dimainkan dengan kemaskini ini kerana ia bertelagah dengan fail nama inpoutx64 yang digunakan pada kedua-dua sistem operasi dan juga perisian pencahayaan RGB. Isu ini nampaknya tidak lagi berlaku apabila perisian RGB dipadamkan dari komputer.

Image from: Aksesori RGB Menyebabkan Isu Permainan Ranap Dengan Kemaskini Windows 11 Terbaru

Embark Games, syarikat pembangun disebalik permainan Arc Raiders telah memperlihatkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh pemain untuk memperbetulkan isu ini dan membolehkan pengguna untuk memainkan permainan-permainan komputer mereka tanpa masalah. Nampaknya ramai pemain Arc Raiders menghadapi masalah yang sama, dan oleh kerana ini, Embark Games telah memperlihatkan cara paling mudah untuk memperbaiki isu ini.

Microsoft telah mengemaskini laman kemaskini mereka dengan kenyataan mengenai isu tersebut, dan sedikit sebanyak telah menyalahkan perisian yang hadir dengan fail nama tersebut, dan sehingga kini masih belum memperlihatkan penyelesaian kepada isu itu.

Sumber: Microsoft, Embark Games

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved