Aksi Kejar Mengejar, Tiga Lelaki Tempatan Positif Dadah Diberkas Polis Di Kuching

30 Mar 2025 • 2:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejar mengejar diantara kenderaan mencurigakan dengan polis awal pagi semalam

Aksi Kejar Mengejar, Tiga Lelaki Tempatan Positif Dadah Diberkas Polis Di Kuching. Dilaporkan, tiga lelaki tempatan berusia 39, 41 dan 43 tahun ditahan selepas cuba melarikan diri daripada polis dalam insiden kejar-mengejar di Green Road, Kuching pada awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Merbin Lisa, dalam kenyataan hari ini berkata kejadian berlaku sekitar jam 3.20 pagi semasa rondaan cegah jenayah.

image is not available
Aksi Kejar Mengejar, Tiga Lelaki Tempatan Positif Dadah Diberkas Polis Di Kuching. Sumber gamba: Berita Harian

Polis cuba menahan dua kenderaan mencurigakan

Menurutnya, pasukan polis cuba menahan dua kenderaan mencurigakan – sebuah pacuan empat roda (4WD) merah dan sebuah sedan merah di Green Road.

“Pemandu 4WD bertindak melarikan diri, menyebabkan polis terpaksa mengejar hingga ke kawasan perumahan berhampiran.

“Ketika cuba diberkas, suspek cuba merempuh kenderaan polis yang membawa tiga anggota, menyebabkan salah seorang pegawai melepaskan tembakan ke arah kenderaan tersebut, yang akhirnya terbabas,” katanya.

Suspek berusia 41 tahun terkena tembakan dan kini menerima rawatan di hospital dalam keadaan stabil.

image is not available
Sumber gambar: The Borneo Post

Kenderaan dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah

Polis turut merampas kenderaan 4WD tersebut bersama peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah.

Hasil ujian air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah, dan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.

Susulan tangkapan itu, polis kini giat memburu pemandu sedan merah yang masih bebas.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Mereka juga disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan sebatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Chris Olsen Ramlee di 013-8607572.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: