Dikehendaki di Melaka, ditahan di Tawau 

LocalPolitics
26 Mar 2025 • 2:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang lelaki yang disyaki memiliki rekod individu dikehendaki berkaitan kes tipu di daerah Durian Tunggal, Melaka ditangkap di kawasan Batu 5 Jalan Apas, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata, suspek lelaki tempatan berusia 26 tahun itu ditahan polis dari Unit Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPD Tawau.

Menurutnya, suspek ditahan oleh anggota MPV ketika menjalankan tugas Snap Check di kawasan Batu, 5 Jalan Apas sekitar jam 2.34 pagi selepas tingkah lakunya mencurigakan.

"Hasil semakan rekod menggunakan alat MCARD (Mobile Card Reader) kemudiannya mendapati lelaki tersebut mempunyai rekod jenayah lampau dan disenaraikan sebagai individu dikehendaki berkaitan kes tipu di daerah Durian Tunggal, Melaka," katanya dalam kenyataan, Selasa.

Jasmin berkata, suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan akan diserahkan kepada pengawai penyiasat kes tersebut.

Dalam pada itu, beliau memuji keberanian dan kecekapan anggota Unit MPV dalam melaksanakan tugas mereka.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk terus memberikan kerjasama kepada polis dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan.