Aksi polis kejar lori hijau di Pasir Gudang tular

30 Sep 2026 • 3:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Aksi polis kejar lori hijau di Pasir Gudang tular
Tangkap layar lori hijau disyaki dicuri dikejar polis di Pasir Gudang.

PASIR GUDANG – Sebuah lori berwarna hijau dipercayai dicuri dan dipandu secara berbahaya termasuk melawan arus pada pagi Rabu, tular di media sosial.

Beberapa rakaman video dikongsi orang ramai dan tular memaparkan lori terbabit dipandu secara agresif dan dikejar kereta peronda polis (MPV).

Menerusi rakaman berkenaan, lori itu dilihat bergerak di beberapa lokasi sebelum dipandu melawan arus dan memotong kenderaan lain secara berbahaya.

Difahamkan, pemandu lori terbabit berjaya ditahan polis selepas dikejar.

Bagaimanapun, setakat ini polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian terbabit.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved