Aksi Satria dikejar polis tular: Suspek bawa parang, positif dadah

LocalPolitics
22 Nov 2025 • 2:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aksi kereta peronda polis mengejar sebuah kereta di Jalan Persiaran South Key Johor Bahru. - Foto tular
image is not available
Polis berjaya menghentikan kereta dipandu suspek di Jalan Persiaran South Key Johor Bahru. - Foto tular

JOHOR BAHRU - Tindakan seorang lelaki tempatan enggan memberhentikan keretanya menyebabkan kenderaan itu dikejar polis di Persiaran South Key di sini, sebelum suspek berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berlaku pada jam 5.40 petang, Khamis ketika pasukan peronda cuba melakukan pemeriksaan terhadap sebuah Proton Satria berwarna hitam yang dipandu suspek.

“Suspek gagal memberikan kerjasama dan bertindak melarikan diri, menyebebabkan pasukan polis terpaksa mengejarnya.

"Suspek kemudian memandu secara agresif termasuk melawan arus dan melanggar beberapa kenderaan sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan. Aksi itu tular di media sosial," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

**media[3348146]**

Menurut Raub, pemeriksaan dalam kenderaan menemui sebilah parang panjang.

"Ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine. Semakan rekod juga menunjukkan suspek mempunyai 23 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah

"Suspek kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikur Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

Sebelum itu tular video berdurasai 45 saat memaparkan sebuah kereta Proton Satria dikejar kereta polis peronda di Persiaran Jalan South Key ketika jalan terbabit agak sibuk pada sebelah petang.