‘Aksi tidak senonoh driver bas adalah fitnah!’ – Penumpang dakwa driver bas cuba betulkan radio box, bukan bercium

15 Nov 2023 • 9:11 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Baru-baru ini tular satu rakaman video yang mendakwa seorang pemandu bas ekspres dipercayai seorang wanita sedang melakukan perbuatan tidak senonoh dengan pasangannya yang juga merupakan kakitangan syarikat bas ekspres berkenaan.

Menerusi keterangan video tular itu, perjalanan bas tersebut bergerak dari Terminal Larkin menuju ke Terminal Bersatu Selatan (TBS). Dalam perjalanan tersebut, menurut perakam, pasangan ini didakwa bercumbu. Selain daripada itu, lelaki tersebut juga dikatakan membantu menukarkan gear sewaktu pemandu membawa kenderaan tersebut.

Susulan tular video tersebut, pelbagai kecaman diterima dari netizen dan

Bagaimanapun, seorang wanita tampil mendakwa rakaman video tersebut adalah fitnah sama sekali. Wanita berkenaan menyatakan ketika kejadian, dia dan suami merupakan penumpang bas berkenaan.

“Saya dan suami saksi kejadian dan seat saya dan suami betul-betul belakang driver ni.

“Driver lelaki tu sedang betulkan something dekat radio box belakang seat driver tu. Jarak kitorang lagi dekat dari berbanding dengan perempuan kepam yang rakam ni,” tulisnya.

Katanya lagi, pemandu bas sudah memaklumkan dari awal kesesakan lalu lintas dari Ayer Keroh sehingga Larkin yang menyebabkan mereka akan lewat sampai ke destinasi dan sekaligus menepis dakwaan perakam yang menyalahkan pemandu.

“Driver dah inform masa pickup jammed teruk. Bas ni TBS-Larkin- TBS, non stop trips. Kesian, hujan lagi. Memang jammed tak putus-putus opposite jalan. Video ni tak sampai 30 minit lagi gerak dari Larkin,” katanya.

Selain daripada itu, wanita ini sekali lagi menegaskan perbuatan tidak senonoh yang didakwa itu tidak berlaku sama sekali. Pemandu perempuan tersebut dikatakan masih baru (part time) dan tidak mahir jalan di sekitar Johor dan kakitangan lelaki tersebut dikatakan membantu wanita ini.

Penumpang lain turut mendakwa rakaman tersebut adalah fitnah sama sekali. Bahkan staff lelaki tersebut dikatakan sedang membaiki radio box di belakang pemandu.

Sumber: anisjey

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved