Aktivis direman dua hari berhubung hantaran penganjuran Perhimpunan Merah Maha Kali

LocalPolitics
4 Sep 2026 • 3:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Aktivis direman dua hari berhubung hantaran penganjuran Perhimpunan Merah Maha Kali

KANGAR: Polis mereman seorang aktivtis berhubung satu hantaran di aplikasi TikTok berkaitan penganjuran Perhimpunan Merah Maha Kali susulan perobohan sebuah kuil di Bukit Lagi, di sini, bulan lalu.

Aktivis berusia 55 tahun itu ditahan polis di Petaling Jaya, Selangor pada pukul 10 pagi, semalam, bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima sebanyak 15 laporan berhubung satu hantaran di aplikasi TikTok berkaitan dengan penganjuran Perhimpunan Merah Maha Kali di Tapak Kuil Sri Veera Maha Kaliamman Kovil, Bukit Lagi, di sini, pada 30 Ogos lalu.

“Hasil semakan ke atas hantaran tersebut mendapati penganjuran himpunan itu adalah untuk mempertahankan hak dan tempat ibadat bagi agama Hindu, selain mengajak masyarakat berhimpun dengan doa, keamanan dan solidariti,” katanya di sini hari ini.

Yusharifuddin berkata, hasil profiling dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan pemilik akaun TikTok berkenaan adalah aktivis lelaki itu yang juga merupakan seorang juru runding.

Beliau berkata, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit bersama satu kad SIM bagi membantu siasatan dan suspek kini direman selama dua hari bermula hari ini hingga esok,” katanya.

20 Ogos lalu, kuil terlibat telah dirobohkan kerajaan negeri selepas melalui prosea penguatkuasaan dan turut di bawa ke mahkamah bagi pengosongan tapak tersebut.

Utusan Malaysia sebelum ini turut melaporkan kenyataan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah bahawa tindakan perobohan Kuil Veeramakaliamman dibuat selepas pengurusannya gagal mematuhi peruntukan undang-undang dan kerajaan negeri juga tidak menghalang pembinaan rumah ibadat yang memenuhi syarat serta dibangunkan di lokasi bersesuaian.-UTUSAN

The post Aktivis direman dua hari berhubung hantaran penganjuran Perhimpunan Merah Maha Kali appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved