
KANGAR – Seorang aktivis direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung hantaran berunsur hasutan di media sosial berkaitan isu perobohan sebuah kuil di sini pada 22 Ogos.
Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop dalam kenyataan berkata, lelaki berusia 55 tahun yang bekerja sebagai jururunding itu ditahan di Petaling Jaya, Selangor, semalam.
Beliau berkata, pihaknya menerima 14 laporan dari 22 hingga 27 Ogos berhubung hantaran di TikTok milik aktivis itu berkaitan penganjuran satu perhimpunan yang dikhuatiri boleh mencetuskan rusuhan.
Yusharifuddin berkata aktivis itu disyaki ingin menghasut masyarakat untuk menyokong perbuatan bercanggah dengan undang-undang dan akta sedia.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – BERNAMA
The post Aktivis direman, hantaran di TikTok isu roboh kuil appeared first on Kosmo Digital.

![“Saya Dah Pun Bersyahadah” – Cikgu Chandra Sahkan Telah Peluk Islam [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Cikgu-Chandra-sahkan-dirinya-telah-peluk-Islam-1.jpg?t=1788514105)




