“Saya Dah Pun Bersyahadah” – Cikgu Chandra Sahkan Telah Peluk Islam [Video]

4 Sep 2026 • 4:34 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Saya Dah Pun Bersyahadah” – Cikgu Chandra Sahkan Telah Peluk Islam [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada minggu lalu, aktivis, S Chandrasegaran atau juga dikenali sebagai Cikgu Chandra menjadi perhatian gara-gara memuat naik hantaran berupa lafaz dua kalimah syahadah.

Perkongsian itu nyata mendapat perhatian dan menimbulkan persoalan ramai tentang status hantarannya itu.

Malah, Cikgu Chandra juga turut mendedahkan hasrat mahu memeluk agama Islam namun perkara itu hanya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Cikgu Chandra Sahkan Telah Peluk Islam, Sudah Lafaz Dua Kalimah Syahadah

Terbaharu, Cikgu Chandra dalam satu video yang dimuat naik di Facebook mendedahkan dirinya telah melafaz dua kalimah syahadah sekaligus mengesahkan dia telah memeluk Islam.

“Assalamualaikum, apa khabar rakyat Malaysia? Sihat? Ramai yang dekat luar ada kontroversi termasuk media ‘betul ke Cikgu Chandra telah memeluk Islam?’

“Kenyataan itu memang benar. Saya pun telah bersyahadah tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah,” katanya.

Cikgu Chandra Berharap Perubahan Itu Dapat Jadikan Dirinya Individu Lebih Berakhlak

Menerusi video sama, Cikgu Chandra berharap perubahan tersebut dapat menjadikan dia sebagai seorang indvidu yang lebih baik dan berakhlak mulia pada masa akan datang.

“Saya masih lagi baca al-Quran, mengaji al-Quran, berjinak-jinak. Berikan saya ruang untuk bertenang. Berikan saya panduan.

“Insya-Allah selepas ini mungkin korang akan nampak Cikgu Chandra yang lebih berakhlak mulia. Tak ada lagi istilah ‘kepala otak’ semua,” katanya

Cikgu Chandra Mohon Beri Ruang, Akan Jumpa Dengan Umat Islam Dalam Masa Beberapa Bulan

Pada masa sama, Cikgu Chandra turut memohon orang ramai agar memberi ruang kepadanya untuk menyelesaikan beberapa perkara peribadi termasuklah masalah domestik dan kes mahkamah.

Malah, dia juga memaklumkan akan menemui umat Islam namun mahu mengambil tempoh selama beberapa bulan untuk bertenang dan menyesuaikan diri.

“Bagi saya ruang untuk menyelesaikan masalah-masalah domestik, kes-kes mahkamah. Insya-Allah saya akan bertemu dengan umat-umat Islam.

“Mungkin dalam masa enam bulan ini, saya masih lagi dalam tempoh bertenang. Berikan saya ruang,” katanya.

Malah dalam satu hantaran berasingan yang dimuat naik oleh semalam (3 September), Cikgu Chandra seolah-olah memberi bayangan dia telah melafaz syahadah sebelum video pengesahan itu dimuat naik.

“Dulu masa kecil suka sangat bersyahadah dengan kawan kawan Melayu tapi sekarang dah jadi kenyataan,” tulisnya.

Sebelum ini, Cikgu Chandra memilih untuk tidak mendedahkan perkembangan tentang hasratnya untuk memeluk Islam kerana mahu melindungi diri dan keluarga.

Malah, dia enggan kenyataannya dipetik luar konteks sehingga boleh menimbulkan salah faham sekaligus memberi kesan kepada keluarga.

Selain memuat naik hantaran lafaz dua kalimah syahadah, Cikgu Chandra dalam hantaran berasingan pernah berkongsi pengalaman dia bermimpi dikelilingi lelaki Melayu sambil melafazkan sesuatu.

Baca Artikel Berkaitan: Hantaran Lafaz Syahadah Jadi Perhatian, Cikgu Chandra Berhasrat Mahu Peluk Islam

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Bukan Paksaan, Ikhlas Dari Hati” – ADUN Pitas Pilih Islam Selepas 10 Tahun ‘Mencari’ Agama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved