Aktivis GSF Ditahan Isre*l: Semua Masjid & Surau Diarahkan Buat Solat Hajat & Qunut Nazilah – Menteri Agama

LocalPolitics
2 Oct 2025 • 1:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Susulan penahanan sukarelawan dan aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengarahkan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah.

Kata Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, semua masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan melakukan sedemikian selepas solat maghrib malam ini dan esok, selepas solat Jumaat.

image is not available

Selain itu, Mohd Na’im turut menambah semua masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan perlu menyampaikan khutbah Jumaat khas mengenai isu Palestin.

Ayuh kita semua mendoakan keselamatan dan perlindungan kepada pasukan Global Sumud Flotilla khususnya rakyat Malaysia yang terlibat selain mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.

image is not available

Terdahulu, pihak Israel dilaporkan memintas dan menghalang konvoi GSF yang membawa bantuan kemanusiaan untuk Gaza ketika di perairan antarabangsa.

image is not available 2025-10-02 10:36:34

Himpunan Sumud Flotilla Di Kuala Lumpur Jam 4 Petang Ini, Fedtri Yahya Jemput Ramai Sertai