Aktivis Sabah Sarawak Desak Halang Individu ‘Provokatif’ Masuk Wilayah

4 Apr 2024 • 4:39 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sapa, Mopot Mahu Lima Individu Disenarai Hitam Imigresen Sarawak Sabah

Aktivis Sabah Sarawak Desak Halang Individu ‘Provokatif’ Masuk Wilayah. Aktivis politik dari Sarawak dan Sabah menggesa kerajaan melarang sesetengah individu daripada memasuki kedua-dua negeri itu atas dakwaan mencetuskan ketegangan kaum dan agama serta perselisihan sosial di negara ini.

Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) dan Sabah Defenders of Ancestral Lands’ (Mopot) dalam satu kenyataan bersama mendakwa Dr Muhamad Akmal Saleh selaku Ketua Pemuda UMNO, penceramah bebas Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Firdaus Wong, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu dan Syakir Nasoha adalah antara individu yang perlu disenarai hitam oleh imigresen kedua-dua negeri itu.

image is not available

Aktivis Sarawak Sabah Desak Halang Individu ‘Provokatif’ Masuk Wilayah

Menurut Ketua Publisiti dan Penerangan Sapa, Peter John Jaban dan wakil Mopot, Atama Katama, gesaan tersebut bertujuan melindungi Sarawak dan Sabah daripada potensi gangguan dan risiko kepada perpaduan sosial.

“Senarai hitam imigresen yang dicadangkan mestilah memasukkan individu yang mencetuskan protes dan boikot yang berpunca daripada sikap tidak bertolak ansur antara kaum dan agama sehingga menimbulkan ketakutan, rasa tidak selamat serta menggalakkan perpecahan,” kata mereka.

Kedua-dua pemimpin aktivis itu menegaskan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk mengawal hal ehwal imigresen sendiri seperti yang ditetapkan di bawah terma Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dalam pada itu, mereka turut menyeru Perdana Menteri Sarawak, Abang Johari Openg untuk mengemas kini senarai hitam tersebut dengan memasukkan nama individu yang tidak dialu-alukan berada di Sarawak.

Ini bagi memastikan keselamatan serta persekitaran yang aman, nilai eksklusif, toleransi dan keharmonian sosial di kedua-dua negeri itu dapat dikekalkan.

Baca juga artikel semasa di bawah: