Aktiviti Melombong Bitcoin Kini Tidak Lagi Menguntungkan

TechnologyDigital
1 May 2025 • 10:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hari ini nilai satu Bitcoin telah kembali meningkat ke sekitar $94,000 dan adalah lebih baik berbanding bawah $75,000 awal bulan ini. Tetapi kelak semua ini mungkin tidak bermakna kerana kos untuk melombong satu bitcoin kini tidak lagi menguntungkan menurut analisa Coinshares.

image is not available

Kos purata melombong pada Q4 2024 ialah $82,162 yang adalah 47% lebih tinggi berbanding $55,950 pada Q3 2024. Tetapi apabila kos luaran lain diambil kira, kos purata sebenar melombong meningkat ke $137,018. Tetapi kos berubah mengikut negara. Sekiranya dilakukan di Jerman, ia meningkat pula ke hampir $200,000 kerana kadar elektrik yang lebih tinggi.

Ini menjadikan aktiviti melombong Bitcoin pada skala kecil dan perseorangan kini hanya merugikan. Hanya operasi komersial oleh syarikat besar sahaja boleh menjana keuntungan kerana kos luaran akan dapat dikurangkan. Bagi mereka yang masih ingin meneruskan aktiviti melombong, keuntungan masih dapat dijana dengan melombomg mata wang kripto selain Bitcoin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved