Aktres Bollywood, Tamannaah enjoy layan peminat di JB

LocalEntertainment
3 Oct 2026 • 10:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Aktres Bollywood, Tamannaah enjoy layan peminat di JB

BUKAN selalu peminat dapat lihat penampilan artis Bollywood di Malaysia. Baru-baru ini pelakon terkenal Tamannaah Bhatia hadir ke Johor Bahru bagi merasmikan pelancaran koleksi berlian baharu Yazhini Gold & Diamonds, di premis jenama berkenaan di Jalan Segget.

Ratusan peminat sanggup menunggu selama berjam-jam di bawah terik matahari semata-mata mahu melihat kelibat bintang filem Baahubali itu secara dekat.

Seawal pukul 10 pagi, peminat sudah mula memenuhi kawasan berkenaan dengan membawa poster dan mereka sanggup menunggu sehingga pukul 2.50 petang waktu ketibaan aktres itu. Ketika tiba, Tamannaah juga juga sempat menyapa, bergambar swafoto dan bersalaman dengan peminat.

“Saya sangat gembira melihat semua masih berada di sini dan mempunyai tenaga yang tinggi walaupun cuaca panas petang ini,” katanya kepada peminat.

“Peminat Johor sangat baik. Sejak tiba malam tadi, saya dilayan dengan begitu banyak kasih sayang. Terima kasih atas sokongan,” katanya.

Kehadiran Tamannaah di Johor juga penting buat apabila filem baharunya, The Vvaan: Force of the Forrest juga masuk pawagam sehari sebelum acara berkenaan.

The post Aktres Bollywood, Tamannaah enjoy layan peminat di JB appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved