
Siri Xiaomi 18 Pro baru sahaja dilancarkan di China dan kini disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada tahun ini. Pengumuman tersebut dibuat melalui kemas kini di Facebook semalam dan ia menarik perhatian ramai khususnya peminat setia.

Promosi rasmi turut memaparkan penggunaan pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu, Tamil dan Mandarin sekali gus mencerminkan kepelbagaian budaya di Malaysia. Imej promosi juga memperlihatkan sedikit rekaan peranti dalam kemasan warna biru gelap. Namun, tarikh pelancaran rasmi di Malaysia masih belum diumumkan.
Penggunaan nama siri ini juga menunjukkan bahawa beberapa pilihan model akan ditawarkan. Di China, terdapat dua varian utama iaitu Xiaomi 18 Pro Max dan Xiaomi 18 Pro. Kedua-duanya hadir dengan spesifikasi kelas mercu melalui cip pemprosesan terkini Snapdragon 8 Elite Gen 6.

Seperti model tahun lalu, sistem kamera hasil kerjasama dengan Leica serta skrin sekunder pada bahagian belakang peranti dikekalkan. Lebih menarik, siri ini turut dipadankan dengan kamera utama 200MP menyokong OIS. Gabungan ini menjadikan Xiaomi 18 Pro antara telefon dengan kemampuan kamera canggih ketika ini.





