“Aku Ada Semua Bukti, Last Warning!” – Pempengaruh Beri Amaran Kepada Syada Amzah, Berhenti Tabur Fitnah

LocalEntertainment
20 Aug 2025 • 8:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pempengaruh media sosial, Elcah, memberi amaran terakhir kepada penyanyi Syada Amzah agar berhenti mengganggu rumah tangga dan keluarganya.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Elcah mendakwa Syada telah menyebarkan fitnah berkaitan dirinya dan menuntut agar penyanyi itu menghentikan perbuatan tersebut.

Last warning! Kepada Syada Amzah, berhenti daripada membuat panggilan kepada semua kawan-kawan aku untuk menyebarkan fitnah mengenai keluarga aku.

Segala perbualan telefon kau telah direkod dan aku dah memiliki bukti yang sangat kukuh.

Elcah turut menegaskan dirinya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya Syada terus mencanang kisah keluarganya.

image is not available

Sekiranya kau teruskan, aku tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang (saman) kerana nama baik keluarga aku sudah calar akibat perbuatan kau.

Kau tak perlu jaga tepi kain aku, pergi lah cari kerja kalau kau bosan. Tapi jangan nak cerita fasal rumah tangga aku.

Menurut Elcah, sebelum ini dia masih menghormati keluarga Syada, namun kali ini dia memilih untuk tidak berdiam diri lagi.

Sebelum ini aku masih menjaga nama kau sebab menghormati mama Zie (ibu Syada) dan kak Sha (Shila Amzah). Tetapi kali ini, cukup.

Didakwa Jadi Orang Ketiga

Terdahulu, Syada dikaitkan sebagai orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Elcah dan suaminya, Afi.

Malah, Syada turut didakwa pernah mengajak Elcah ke kelab malam untuk menghilangkan rasa bosan.

Bagaimanapun, Elcah sebelum ini menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan Syada bukan punca sebenar konflik rumah tangganya bergolak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-20 11:13:41

Didakwa Bayangkan Anak Perempuan Sebagai 'Mini Wife', Pempengaruh Mohon Maaf - "Saya Jaga Dia Dari Umur 8 Bulan"