“Aku Belanja Tiket Final Kalau Portugal Kalah” – Video Lelaki Ini Kembali Tular Lepas Portugal Tersingkir, Ramai Tuntut ‘Janji’

Football
7 Jul 2026 • 5:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Satu video lama seorang pengguna TikTok kembali tular di media sosial selepas Portugal tewas 0-1 kepada Sepanyol dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026. Kekalahan itu sekali gus menamatkan perjalanan Portugal dan Cristiano Ronaldo di pentas Piala Dunia.

Menerusi video berkenaan, lelaki tersebut dengan penuh yakin berkata dia sanggup membelikan tiket perlawanan akhir Piala Dunia kepada semua orang sekiranya Portugal tewas kepada Sepanyol.

Advertisement

“If Portugal lose to Spain today I’ll buy everyone a World Cup final ticket, that’s how confident I am.”

Namun, keputusan perlawanan tidak memihak kepada Portugal apabila jaringan lewat Mikel Merino membawa Sepanyol mara ke suku akhir, menyebabkan video tersebut kembali menjadi perhatian ramai.

Video berkenaan dilaporkan meraih puluhan ribu tontonan serta dikongsi semula oleh pengguna media sosial, dengan ramai netizen berseloroh menuntut individu terbabit menunaikan janjinya membeli tiket final Piala Dunia.

View this post on Instagram

Di ruangan komen, ada yang bergurau meminta namanya dimasukkan dalam senarai penerima tiket, manakala ada juga yang menyifatkan keyakinan lelaki itu sebagai “jinx” kepada Portugal.

Terdahulu, Portugal tersingkir daripada Piala Dunia 2026 selepas tewas 0-1 kepada Sepanyol menerusi gol pada penghujung permainan, sekali gus menamatkan penampilan terakhir Cristiano Ronaldo di kejohanan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Aku Belanja Tiket Final Kalau Portugal Kalah” – Video Lelaki Ini Kembali Tular Lepas Portugal Tersingkir, Ramai Tuntut ‘Janji’2026-07-06 12:20:03

Tular Dakwaan Kes Tik*m Di SMKBB Banting, Motif Balas Dendam Akibat Dibuli

The post “Aku Belanja Tiket Final Kalau Portugal Kalah” – Video Lelaki Ini Kembali Tular Lepas Portugal Tersingkir, Ramai Tuntut ‘Janji’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved