‘Aku Berjanji’ suntik semangat patriotisme rakyat – Fahmi

LocalMusic
18 Aug 2026 • 11:39 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Aku Berjanji’ suntik semangat patriotisme rakyat – Fahmi

PETALING JAYA: Lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 bertajuk ‘Aku Berjanji’, yang didendangkan oleh komposer dan penyanyi tersohor, Faizal Tahir dapat menyemarakkan semangat cintakan negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mendengar lagu ciptaan dan nyanyian Faizal itu.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Faizal dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Dr Sani Araby.

Katanya, penyanyi lagu Gemuruh itu turut berkongsi bahawa beliau akan mengadakan konsert pada 3 Oktober ini di Unifi Arena, Bukit Jalil.

“Saya doakan ia berjalan seperti direncanakan, insya-Allah.

“Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat cintakan negara melalui lagu ‘Aku Berjanji’, hasil ciptaan dan nyanyian Faizal,” katanya menerusi hantaran di Facebook. – UTUSAN

The post ‘Aku Berjanji’ suntik semangat patriotisme rakyat – Fahmi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved