“Aku dah berhenti kerja tau…bosan dah duduk rumah saja ni” -Haniff Hamzah

Music
31 Jul 2024 • 7:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyampai radio Era FM, Haniff Hamzah menyatakan bahawa dia sudah hampir sebulan berhenti kerja dan sudah bosan duduk di rumah apabila berkongsi perkara tersebut di media sosial miliknya.

Sudah mengundurkan diri dari Era FM

Difahamkan, penyampai segmen petangEra di stesen radio tersebut sudahpun tidak bersama Era FM lagi dan perkara berkenaan disahkan oleh pihak Astro Radio sendiri.

image is not available

Haniff Hamzah dah bosan di rumah

Dalam pada itu, Haniff yang kerap berganding bersama Ray Dap Dap memuat naik video dengan kapsyen sudah hampir sebulan berhenti sebagai penyampai radio di stesen tersebut serta sudah bosan berada di rumah terlalu lama.

“Aku dah berhenti kerja tau. Banyak hari dah ni. Bosan dah duk rumah aje ni,” tulisnya.

@haniffhamzah

Aku dah berhenti kerja tau. Banyak hari dah ni. Bosan dah duk rumah aje ni #Kerja #Mamushi #Watariwastar #SembangEntertainment

♬ Mamushi (feat. Yuki Chiba) – Megan Thee Stallion

Haniff Hamzah belum boleh beri sebarang komen undur diri dari Era FM

Memetik laporan dari Harian Metro, Haniff telah mengambil keputusan untuk berhenti sebagai penyampai radio di Era FM walaupun kontraknya bersama stesen berkenaan masih ada lagi.

Dia juga menjelaskan belum boleh memberikan komen berkenaan pengundurannya di Era.

“Saya belum boleh memberikan sebarang komen,” katanya ringkas.

image is not available

Mungkin saja ‘ubah angin’?

Walau bagaimanapun, Pihak Astro Radio seakan memberi bayangan bahawa penyampai tersebut mempunyai perancangan lain yang mungkin dilakukan tidak lama lagi.

“Bagaimanapun kedua-duanya (Haniff dan seorang lagi penyampai) meneruskan kerjaya radio mereka ke peluang baharu. Walaupun sukar untuk mengucapkan selamat tinggal, kami tetap mendoakan mereka terus berjaya dalam apa jua mereka lakukan,” katanya.

Alaaa nanti rindu la Haniff dan Ray

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata pendengarnya akui bahawa akan kehilangan suara Haniff selepas ini jika benar di mengundur diri dari stesen radio berkenaan.

Namun begitu, mereka tetap mendoakan supaya Haniff terus maju jaya di masa hadapan dan mungkin akan ada berita gembira daripada penyampai radio tersebut tidak lama lagi.

image is not available

Tak best la petang2 dah tak dengar suara Haniff & Ray

image is not available

Dia ada bakat yang hebat!

image is not available

 

Terdahulu, Pihak Astro Radio memaklumkan Haniff Hamzah dan Ean dari Hitz FM telah mengundur diri dari stesen radio tempat mereka bertugas sekarang sebelum tamat kontrak masing-masing.

Sebelum itu juga, Angah Raja Lawak, yang bertugas di Sinar FM turut memaklumkan mahu bercuti sementara susulan masalah kesihatan yang dialami.

Sumber: TikTok haniffhamzah, Harian Metro (Najiy Jefri)