Haniff Hamzah, Ean Nasrun berundur

31 Jul 2024 • 10:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Haniff Hamzah (kiri), Ean Nasrun

PENYAMPAI radio ERA FM, Haniff Hamzah dan Ean Nasrun daripada Hitz FM sudah menamatkan khidmat di stesen radio masing-masing.

Perkara tersebut diumumkan Astro Radio menerusi kenyataan media pada Rabu yang memaklumkan kedua-dua penyampai itu berbuat demikian sebelum kontrak mereka berakhir.

“Kedua-duanya meneruskan kerjaya radio dengan peluang lebih baharu.

“Walaupun sukar untuk mengucapkan selamat tinggal, kami tetap mendoakan mereka agar terus berjaya dalam apa jua mereka lakukan.

“Astro Radio berbangga dengan pencapaian mereka kerana sumbangan mereka amat luar biasa dan terus menjadi kenangan terindah dalam keluarga kami,” ujar Astro Radio.

Haniff sebelum ini mengendalikan segmen Petang ERA bersama Ray, manakala Ean merupakan tonggak Kru Pagi HITZ selama lebih sedekad sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved