“Aku Ingatkan Tu Awek Dia” – Berjalan Berdua Dengan Anak Sulung, Video Nora Danish Raih Perhatian

Entertainment
16 Jan 2024 • 11:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, dia digelar ‘vampire’ dek kerana wajahnya yang tak makan usia dan saiz badannya yang kekal langsing seperti anak dara.

Kali ini, video dimuat naik aktres Nora Danish kembali meraih perhatian selepas ramai memujinya awet muda selepas berjalan seriringan dengan anak lelaki, Rayqal.

image is not available 1 month ago

Imej Seksi Di Usia 40-an, Netizen Tegur Nora Danish 'Sedar Diri' - "Takpe, Nanti Ramadan Khatam Quran Dia Boleh Nangis Lagi"

 

Macam kakak dengan adik

Menerusi Instagram, hantaran tersebut mempamerkan Nora memaut tangannya di lengan Rayqal sambil berjalan ke sebuah restoran untuk meluangkan masa bersama keluarganya.

Rayqal pula dilihat sudah tinggi melebihi ibunya itu yang kenit membuatkan ada yang memberikan pujian mereka nampak seperti kakak dan adik.

image is not available

 

Makan banyak tapi badan maintain

Ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan komen warganet yang memuji Nora malah ramai yang berseloroh menyindir diri mereka sendiri.

Aku impress dia masih kecil betul sedangkan aku masih bangga mengunyah big apple (donat) 3 ketul tadi.

image is not available image is not available image is not available

Kata mereka, Nora makan banyak tetapi badan tetap ramping malah ada yang menjadikan fizikal aktres tersebut sebagai body goal untuk mereka capai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)