Neelofa Pilih Konten Untuk Anak Tengok - “Bab Screen Time Saya Rasa Berbaloi Kawal”

20 Dec 2023 • 9:10 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon dan pengacara, Neelofa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anaknya.
 
Menurut Neelofa, dia semenangnya memberikan perhatian dan menitik beratkan pemilihan kandungan sebelum dipertontonkan untuk anak-anaknya.
 
Hasilnya, Neelofa berasa teruja melihat perkembangan anak sulungnya, Muhammad Bilal yang kian fasih membaca huruf bahasa Arab.
 
“Sebagai seorang ibu, saya tidak tahu nak cakap bangga macam mana apabila Bilal boleh sebut satu satu huruh hijaiyah (huruf arab).
 
“Kandungan memang saya akan ambil dan pilih untuk dia tengok. Semasa usia setahun 10 bulan, masya-Allah dia boleh kira satu hingga 20.
 
“Boleh kenal kenal huruf kecil dan besar ABC, Al-Fatihah, selawat dan alif ba ta serta surah-surah pendek yang lain,” tulisnya di ruangan Insta Story.
image is not available
 













image is not available