“Aku nangis”- Reaksi Ibu Pertama Kali Anak Bawa Masuk Mall Buat Ramai Sebak

Entertainment
26 Dec 2024 • 5:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebagai seorang anak, memang satu impian buat diri kita untuk membahagiakan ibu kita sebelum menghembuskan nafas yang terakhir dan perkara itu yang dilakukan oleh lelaki ini.

Difahamkan, sepanjang umur, ibunya tidak pernah menjejakkan kaki pusat membeli belah, jadi setelah dewasa, si anak ini membuat keputusan untuk bawa ibunya ke sana.

Katanya, ibunya itu banyak menghabiskan masa menjual nasi dan lebih mengharukan lagi, dia baru sedar yang ibunya tidak bermaya seperti dahulu lagi apabila melihat cara ibunya berjalan menuju ke mall tersebut.

Pada mulanya, si ibu agak segan silu kerana berpakaian biasa, namun bagi lelaki ini tiada apa yang perlu dimalukan. Malah, pemuda ini turut belanja ibunya barang perhiasan.

Pada mulanya, si anak ini ada menetapkan bajet yang dia ada untuk membeli perhiasan itu, bagaimanapun ada satu barang yang ibunya berkenan tetapi ia melangkaui bajet yang ditetapkan sampaikan raut wajah ibunya itu berubah.

“Nasib baik masih ada simpanan dan terus cari ATM, Akhirnya dapat beli barang kemas pertama buat ibu! Biarpun biasa-biasa sahaja.”

Jelas terpancar kegembiraan dan keghairahan pada raut wajah ibunya dan dapat dilihat si ibunya siap mahu bergambar. Menjengah ke ruangan komen ramai netizen yang sebak apabila melihat video ini dan ada yang ingin melakukan perkara yang sama seperti pemuda ini lakukan selain ramai yang memuji tindakan pemuda ini.

image is not available image is not available image is not available

Sebaknya, semoga pemuda ini dilimpahkan rezeki yang banyak agar dapat menggembirakan ibunya lagi.

Sumber : X

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.