“Aku Ni Setiap Bulan Sakit” – ‘Influencer’ Dan Usahawan Menangis Di TT Live, Dedah Hidap Penyakit Kelamin Dari Suami

8 Sep 2026 • 9:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pempengaruh media sosial, Ninie mendakwa dirinya sering mengalami masalah kesihatan yang dipercayai berpunca daripada suaminya, termasuk dakwaan dijangkiti penyakit kelamin.

Menurut Ninie, keadaan tersebut didakwa berlaku berulang kali sehingga menyebabkan dirinya mengalami masalah kesihatan hampir setiap bulan.

Advertisement

“Aku ni setiap bulan sakit,” katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Dalam hantaran sama, Ninie mendakwa dia terpaksa berulang kali mendapatkan rawatan di klinik serta mengambil ubat berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.

Dia turut mendakwa sudah memendam perkara berkenaan selama kira-kira enam bulan sebelum mendedahkannya kepada umum.

Ninie juga mendakwa terdapat beberapa perkara berkaitan rumah tangga yang menyebabkan dirinya sukar untuk pulang ke kampung, termasuk dakwaan suaminya mengenakan lafaz taklik sekiranya dia berbuat demikian tanpa persetujuan.

k

Nini

Bagaimanapun, segala dakwaan yang dikongsikan Ninie itu merupakan kenyataan daripada pihaknya dan belum disahkan secara bebas.

Dalam perkongsian sama, Ninie turut membuat dakwaan lain berkaitan bekas isteri suaminya serta mendakwa pernah membawa dua anak suaminya ke pejabat selepas berlaku satu kejadian yang didakwa melibatkan keganasan rumah tangga.

Setakat ini, belum ada penjelasan daripada pihak suami berhubung dakwaan yang dikongsikan Ninie tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

n2026-09-07 10:34:10

Pemain Bola Sepak Harimau Malaya Usia 72 Tahun Nikahi Wanita Usia 20 Tahun, Keluarga Sahkan

The post “Aku Ni Setiap Bulan Sakit” – ‘Influencer’ Dan Usahawan Menangis Di TT Live, Dedah Hidap Penyakit Kelamin Dari Suami first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved