'Aku pecahkan muka kau' - Rahim Bai ditahan kes ugut

9 Jul 2026 • 2:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Aku pecahkan muka kau' - Rahim Bai ditahan kes ugut
Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun ditahan polis selepas dipercayai mengugut seorang individu ketika mangsa sedang membuat siaran langsung menerusi aplikasi TikTok.

SUBANG JAYA – Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun ditahan polis selepas dipercayai mengugut seorang individu ketika mangsa sedang membuat siaran langsung menerusi aplikasi TikTok di Kampung Sri Langkas Puchong pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, pengadu bersama beberapa rakannya sedang menjalankan siaran langsung sebelum didatangi beberapa lelaki yang melarang mereka membuat rakaman di kawasan berkenaan.

"Salah seorang lelaki yang dikenali sebagai Rahim Bai dipercayai mengeluarkan ugutan terhadap pengadu dengan memberi amaran supaya rakaman tersebut tidak ditularkan.

"Suspek dipercayai mengugut pengadu dengan mengatakan sekiranya rakaman berkenaan menjadi tular, dia akan 'memecahkan muka' pengadu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Wan Azlan berkata, pengadu berasa takut akibat ugutan tersebut dan tampil membuat laporan polis.

"Bertindak hasil laporan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya berjaya menahan seorang lelaki tempatan di Subang Jaya pada Rabu kira-kira jam 4.20 petang," katanya.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke mahkamah dan perintah tahanan reman selama tiga hari bermula Khamis hingga Sabtu diberikan bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan ugutan jenayah," ujarnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved