“Aku Pecahkan Muka Kau!” – ‘Ayahanda’ Puchong Ugut Pempengaruh Buat ‘Live’ Di Kawasan PATI Ditahan Polis

9 Jul 2026 • 4:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang lelaki warga emas dikenali sebagai Rahim Bai ditahan polis selepas disyaki mengugut seorang pempengaruh lelaki ketika mangsa sedang membuat siaran langsung TikTok di Kampung Sri, Langkas Puchong, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika pengadu bersama beberapa rakannya sedang melakukan siaran langsung.

Advertisement

rahim bai

Katanya, beberapa lelaki tempatan telah datang ke lokasi sebelum meminta pengadu menghentikan rakaman di kawasan berkenaan.

“Semasa sesi siaran langsung berlangsung, beberapa lelaki tempatan telah datang dan melarang pengadu daripada membuat rakaman di kawasan berkenaan.

“Salah seorang lelaki dikenali sebagai Rahim Bai telah mengeluarkan ugutan terhadap pengadu dengan mengatakan bahawa sekiranya rakaman tersebut menjadi tular, beliau akan memecahkan muka pengadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan ugutan tersebut, pengadu yang berasa takut telah membuat laporan polis.

Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 65 tahun di Subang Jaya kira-kira pukul 4.20 petang semalam.

@madaninomics

Suspek kes ugut pempengaruh @abangkoroy di Puchong rupa-rupanya mendakwa dirinya bekas pelakon seni tempatan di bawah arahan Datuk Yusof Haslam. Bukti video ‘live’ kini diserah kepada Pegawai Penyiasat Polis (IO). #Puchong #AwieMBR #KesPolis #pelarianrohingya

? original sound – MadaniNomics ?? – MadaniNomics ??

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah dan perintah tahanan reman telah dibenarkan selama tiga hari sehingga 11 Julai ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial video seorang pempengaruh dikenali sebagai ‘Abang Koroy’ yang mendakwa menerima ugutan daripada seorang individu ketika sedang membuat siaran langsung TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved