Warga emas ditahan ugut individu ketika buat siaran langsung TikTok

9 Jul 2026 • 2:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Warga emas ditahan ugut individu ketika buat siaran langsung TikTok

SHAH ALAM, 9 JULAI: Lelaki warga emas ditahan polis selepas dipercayai mengugut seorang individu ketika mangsa membuat siaran langsung TikTok di Kampung Sri Langkas, Puchong, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata kejadian berlaku jam 5.30 petang ketika pengadu bersama beberapa rakannya sedang membuat siaran langsung TikTok di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, ketika sesi siaran langsung berlangsung, beberapa lelaki termasuk suspek datang dan melarang pengadu daripada membuat rakaman di lokasi itu.

"Suspek mengeluarkan ugutan terhadap pengadu dengan mengatakan jika rakaman itu tular, dia akan 'memecahkan muka' pengadu sebelum pengadu membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Berita Harian.

Susulan laporan yang diterima, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menjalankan siasatan bagi mengesan suspek.

Wan Azlan berkata, polis kemudian menahan lelaki tempatan berusia 65 tahun kira-kira jam 4.20 petang semalam bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, mahkamah membenarkan perintah reman terhadap suspek selama tiga hari bermula hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved