Lelaki Kantoi Ambil Gambar Bawah Skirt Wanita Di Stesen MRT

Entertainment
23 Jun 2025 • 12:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Keselamatan diri ketika berada di luar perlu dijaga, pun begitu ada kalanya perkara tak disangka boleh berlaku.

Baru-baru ini, seorang lelaki kantoi merakam bawah skirt seorang wanita ketika dia dan anaknya ingin menaiki MRT.

Lelaki muda itu kemudiannya merayu meminta dilepaskan sehingga memegang kaki individu yang mendedahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Suami mangsa segera merampas telefon, mencekup leher dan membawanya berjumpa petugas MRT. Lelaki muda itu bagaimanapun memberi alasan tidak sengaja dan hanya merakam sekitar MRT.

Dalam video yang tular itu, kedengaran pelaku itu merayu-rayu sambil berkata, “Uncle please I’m begging,” selepas ditangkap melakukan perbuatan menjijikkan itu.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut berkenaan kes tersebut namun ramai netizen mengharapkan agar pelaku itu dikenakan tindakan yang berat.

image is not available

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.