“Aku Yakin Allah Maha Mengadili” - Wanita Sebak Anak Angkat Dirampas Ibu Kandung Lepas 13 Tahun Bersama

17 Dec 2023 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tular di Platform X tentang seorang ibu meluahkan rasa sedih selepas anak angkatnya yang dijaga dari kecil dirampas oleh ibu kandung remaja itu sendiri.

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik, wanita itu melafazkan rasa sebak berkaitan anak angkatnya (Uzma) yang dirampas oleh ibu kandung sendiri setelah 13 tahun membesar bersama keluarga angkat.

“Bayangkan 13 tahun dia dengan kami, tak pernah dengan ibu kandung, kalau ibu kandung cakap dari kecil nak ambil, kenapa dari dulu tak beritahu.

“Dia minta aku jaga, yang mana aku tak pernah dedahkan. Aku takkan lupa kali pertama kau minta bantuan aku, tapi aku yakin, Allah Maha Mengadili apa pun yang terjadi,” tulis wanita itu.











Platform X

image is not available