“Aku Yang Tanggung Sorang-Sorang Nanti” – Respon Lelaki Selepas Ditegur Bertudung Seperti Wanita Dalam Live Jadi Perhatian [Video]

20 Jul 2026 • 1:10 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap peniaga mempunyai cara unik tersendiri untuk menarik pelanggan membeli produk jualan mereka selain menjadikan media sosial sebagai platform utama.

Namun ada segelintir yang mencuba sesuatu yang berbeza sehingga dianggap melanggar batas agama dan mencetuskan kebimbangan ramai.

Pengguna Zahir Rasa Bimbang Lihat Respon Lelaki Setelah Ditegur Bertudung Dalam Live

Baru-baru ini, seorang individu menzahirkan rasa bimbang dengan tindakan seorang lelaki dikenali sebagai Nab yang bertudung dan menyerupai wanita dalam satu sesi siaran langsung (live) di TikTok.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @fay.ayunie, pengguna berkenaan meluahkan rasa bimbang selepas melihat respon seorang lelaki yang ditegur gara-gara penampilan ‘feminin’nya itu.

“Semoga dapat hidayah. Tadi lalu For Your Page (fyp) tak jangka dia cakap macam tu.

“Malaysia tak ketat bab fondan (lelaki berpewatakan wanita) dan pelangi. Sebab tu ramai berani tampil macam ni. Macam mana kalau budak bawah umur tengok ni. Risau terpengaruh,” katanya.

Lelaki Dakwa Akan Bertanggungjawab Sendiri Jika Berlaku Apa-Apa

Melalui hantaran sama, pengguna berkenaan turut berkongsi sedutan rakaman sesi live yang memaparkan respon lelaki terbabit yang juga pada ketika itu dilihat memakai tudung bawal, gelang emas serta mengenakan solekan seperti seorang wanita.

Apa yang menjadi perhatian adalah dia mendakwa akan bertanggungjawab selepas mendapat teguran.

“Kalau hang nak bercakap soal agama, aku jantan, aku lelaki. Hang (Awak) nak cakap lelaki pakai tudung haram, hang tegur la aku.

“Tegur la aku. Hang tegur aku, hang lepas. Kami (Aku) yang akan tanggung (dosa) sorang-sorang, hang jangan takut.

“Yang nak kena nanti aku, hangpa (korang) tegur aku, aku terima teguran tu. Lepas tu hangpa bawa la diri,” katanya.

Lelaki Dakwa Takut Mati & Doa Pengakhiran Hidup Dalam Keadaan Husnul Khotimah

Membalas komen netizen dalam live berkenaan, lelaki itu mendakwa dia sama seperti orang lain yang takut akan kematian dan berdoa agar hidupnya berakhir dalam keadaan husnul khotimah.

“Kita mencegah kemungkarankan tanggungjawab bersama. Kalau mati masa ni, aku yang menanggung bukan hang.

“Aku bukan cakap besar tak takut mati, aku takut. Hang gila ke tak takut. Aku sangat takut. Cakap, siapa tak takut mati?

“Aku dalam sembahyang pun aku minta (doa) ‘matikan aku dalam keadaan husnul khotimah’,” katanya.

Respon yang diberikan lelaki berkenaan turut disokong oleh segelintir pengguna TikTok di ruangan komen.

View on Threads

Lelaki Mohon Maaf Jika Perbuatan Mengguris Hati Sesetengah Pihak

Namun, dalam satu hantaran terbaharu di TikTok Story milik lelaki berkenaan, dia tampil memohon maaf sekiranya respon yang diberikan mengguris hati.

Malah, dia juga akan menjadikan perkara itu satu pengajaran buatnya.

“Terlalu banyak mesej peribadi (DM) yang masuk. Tak sempat balas satu per satu. Terima kasih yang mendoakan dan tak penat bagi nasihat.

“Semoga segala kebaikan berbalik kepada hangpa. Nab minta maaf kalau Nab melukakan hati sesiapa, insya-Allah Nab belajar dari kesilapan,” katanya.

Image from: “Aku Yang Tanggung Sorang-Sorang Nanti” – Respon Lelaki Selepas Ditegur Bertudung Seperti Wanita Dalam Live Jadi Perhatian [Video]

Ramai Bimbang & Doakan Lelaki Diberi Hidayah

Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.4 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menzahirkan rasa risau melihat respon lelaki terbabit selepas teguran diberi kepadanya.

Manakan tidak, penampilannya yang menyerupai seperti seorang wanita dibimbangi boleh mempengaruhi orang ramai khususnya kanak-kanak yang melihat.

Tidak kurang juga, ramai yang mengkritik tindakan segelintir netizen yang dilihat menyokong tindakan lelaki berkenaan.

Namun pada masa sama, ramai yang mendoakan agar pemuda terbabit segera berubah dan mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Haram Lelaki Pakai Tudung Walaupun Untuk Berniaga – UAI

Untuk info, menurut pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI), hukum lelaki yang memakai tudung walaupun bertujuan untuk berniaga adalah haram.

Tegas beliau, Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian untuk perempuan.

Malah, kenyataan yang dikeluarkan oleh UAI sama dengan apa yang dinyatakan di laman web Mufti Wilayah Persekutuan bahawa Allah melaknat lelaki yang berpakaian seperti perempuan dan perempuan berpakaian seperti lelaki.

Ini antara komen pengguna Threads:

“Bila Jantan Try Hard Nak Jadi Perempuan, Orang Tegur Tu Dengar La, Ini Dak, Mencabar Lagi Allah, Moga Allah Bagi Hidayah”

Image from: “Aku Yang Tanggung Sorang-Sorang Nanti” – Respon Lelaki Selepas Ditegur Bertudung Seperti Wanita Dalam Live Jadi Perhatian [Video]

“Kau Nak Buat Apa, Buat La Tapi Kau Ni Dah Influence Orang Lain Secara Tak Langsung. Kau Punca Wujud Perspektif Yang Jadi Macam Kau Ni Okay Je”

Image from: “Aku Yang Tanggung Sorang-Sorang Nanti” – Respon Lelaki Selepas Ditegur Bertudung Seperti Wanita Dalam Live Jadi Perhatian [Video]

“Cakaplah Apa Pun, Memang Tak Jalan, Bila Kita Nasihat, Makin Berbalah. Silapnya Pada ‘Netizen’ Yang Sokong Mereka Ini”

Image from: “Aku Yang Tanggung Sorang-Sorang Nanti” – Respon Lelaki Selepas Ditegur Bertudung Seperti Wanita Dalam Live Jadi Perhatian [Video]

“Astagfirullah, Beraninya Cakap Macam Tu, Semoga Ahli Keluarga Kita Dijauhkan Perangai Macam Ini”

Image from: “Aku Yang Tanggung Sorang-Sorang Nanti” – Respon Lelaki Selepas Ditegur Bertudung Seperti Wanita Dalam Live Jadi Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Haram Hukumnya Lelaki Berhijab Walau Untuk Berniaga” – Ustaz Azhar Idrus [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Menteri Agama Minta Lelaki Muslim Henti Berpakaian & Berkelakuan Seperti Wanita

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved