“Lelaki Pakai Tudung Haram, Aku Tanggung” – Video Lelaki Berpakaian Wanita Cetus Teguran Netizen

20 Jul 2026 • 10:58 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan seorang lelaki berpakaian wanita lengkap bertudung ketika sedang bersiaran langsung.

Video tersebut mula menjadi perhatian selepas seorang pengguna Threads meluahkan rasa bimbang sekiranya kandungan sebegitu ditonton golongan bawah umur dan memberi pengaruh tidak baik kepada mereka.

Mohon pihak berkuasa siasat

Menerusi perkongsian berkenaan, individu tersebut menyatakan dia tidak menyangka akan terdengar kenyataan sebegitu ketika video tersebut lalu di halaman For You Page.

Katanya, isu melibatkan lelaki berpakaian wanita dan golongan ‘pelangi’ dilihat semakin terbuka di Malaysia sehingga ramai berani tampil dengan imej sedemikian.

lelaki

Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian ramai apabila rata-rata netizen turut menyuarakan kebimbangan terhadap pengaruh media sosial kepada anak-anak muda.

lelaki

Dalam video yang tular, lelaki berkenaan dilihat memberi respon terhadap teguran yang diterima mengenai penampilannya.

Dia mengakui dirinya seorang lelaki dan sedar ada pihak yang menegur perbuatannya memakai tudung.

Depa dengki kat aku. Kalau hang nak bercakap soal agama, aku jantan aku lelaki. Okay hang nak cakap lelaki pakai tudung haram, aku tanggung.

Lelaki itu turut menyatakan orang ramai boleh menegurnya, namun mendakwa segala akibat daripada perbuatannya akan ditanggung sendiri.

Hangpa tegur la aku, hang tegur aku, hang lepas, aku yang akan tanggung sorang-sorang nanti. Hang jangan takut.

Dalam rakaman sama, lelaki tersebut turut menyentuh soal tanggungjawab mencegah kemungkaran. Katanya, pihak yang mahu menegur boleh berbuat demikian kerana akhirnya dia sendiri yang akan menanggung perbuatannya.

Kan mencegah kemungkaran tanggungjawab bersama. Kalau mati masa ni tak apa, aku yang tanggung bukan hang.

Pada masa sama, dia menafikan dirinya tidak takut mati dan mendakwa turut berdoa agar meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah.

View on Threads

Malah, lelaki itu juga mencabar sekiranya ada pihak mahu membuat laporan kepada pejabat agama.

Isu tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berharap lelaki berkenaan diberi hidayah dan kembali kepada fitrah.

The post “Lelaki Pakai Tudung Haram, Aku Tanggung” – Video Lelaki Berpakaian Wanita Cetus Teguran Netizen appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved