Akui Diri Panas Baran, Scha Alyahya Tak Nak Tunjuk Kemarahan Depan Orang - “Saya Takkan Buka Ruang Untuk…”

28 Jun 2025 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Scha Alyahya memberitahu dia seorang yang tidak akan menunjukkan kemarahannya di khalayak umum terutama di laman sosial.

Sentiasa buat baik

Menerusi video yang tular di TikTok, Scha berkata dia selalu ingat pesanan arwah ibunya yang berpesan agar sentiasa berbuat baik.

 

“Saya takkan buka ruang untuk orang tahu saya marah sebab ia sangat buruk. Hanya sebab kita ada laman sosial, tidak bermaksud awak kena beritahu semua benda dekat semua orang.

 

“Ibu saya selalu ingatkan, sentiasa berbuat baik, kena jadi baik. Dia sentiasa akan cakap tak apa. Jadi, itu la yang saya bawa dalam hidup saya,” kongsinya.

Panas baran

Pada perkongsian yang sama, isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini juga memberitahu biarpun dia rapat dengan ibunya namun dirinya lebih berfikiran rasional seperti bapanya.

Mengakui dirinya seorang yang panas baran, namun Scha tetap dengan pendiriannya tidak menunjukkan kemarahan kepada orang.

 

“Bagi saya, kadang-kadang pendekatan itu la yang sesuai dan kadang-kadang tak sesuai sebab ada yang tak okay. Tapi akhirnya saya menjadi okay balik.

 

“Itulah personaliti dan karakter ibu saya yang ada dalam diri saya. Bapa saya seorang yang rasional, ibu pula dia emosi.

 

“Walaupun saya rapat dengan ibu, tapi saya punya pemikiran rasional itu lebih daripada saya punya emosi. Jadi kalau saya nak marah, saya tak marah.

 

“Ikutkan saya seorang yang sangat panas barang tapi tak kan tunjuk depan orang terutama di laman sosial,” ujarnya.