Al Isra Group Sambut Ulang Tanun Ke-20, FWD Hargai Peranan Agensi

LocalBusiness & Finance
15 Oct 2026 • 8:53 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Al Isra Group Sambut Ulang Tanun Ke-20, FWD Hargai Peranan Agensi

KUALA LUMPUR - FWD Malaysia Holdings Sdn Bhd (FWD) terus memperkukuh rangkaian agensinya sebagai antara pemacu utama penyediaan perlindungan kewangan kepada rakyat Malaysia, seiring dengan sambutan ulang tahun ke-20 kumpulan agensi di bawah FWD Takaful, Al Isra’ Group (AIG).

Sambutan itu menandakan dua dekad perjalanan AIG dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan, selain menyumbang kepada perkembangan industri takaful di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif FWD Malaysia, Aman Chowla, berkata pencapaian berkenaan mencerminkan visi, ketekunan dan dedikasi kepimpinan AIG, di samping mengiktiraf kepentingan rangkaian agensi dalam mengembangkan perniagaan FWD di Malaysia.

“Barisan agensi kami kekal sebagai nadi kepada cara kami berkhidmat kepada pelanggan, dan kami komited untuk terus melabur dalam kejayaan mereka melalui penyediaan alat, keupayaan dan peluang yang diperlukan untuk berkembang maju dalam persekitaran yang semakin dinamik,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan AIG turut mencerminkan sumbangan pengasas, pasukan kepimpinan, rakan agensi, warga kerja serta pelanggan yang bersama-sama menyokong usaha FWD mengubah persepsi masyarakat terhadap takaful.

Menurut Aman, syarikat itu akan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan tawaran kepada rangkaian agensinya.

“Kami juga akan meneruskan pembangunan generasi baharu pemimpin agensi serta peluasan akses perlindungan kepada lebih ramai rakyat Malaysia,” katanya. 

FWD Malaysia Holdings Sdn Bhd (FWD Malaysia) ialah syarikat induk kewangan kepada FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) dan FWD Insurance Berhad (FWD Insurance). 

Sebagai penggerak strategik kemajuan di Malaysia, FWD Malaysia komited terhadap visi mengubah pandangan orang ramai tentang takaful dan insurans, seiring dengan penubuhan Al Isra’ Group (AIG) pada 2006, sebagai antara pemacu penting dalam rangkaian pengedaran FWD. - Getaran, 15 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved