Al Nassr FC Masih Menunggu Keputusan Ronaldo

26 Dec 2022 • 11:51 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

BERLIN, 26 Dis (Bernama) — Kelab bola sepak Arab Saudi Al Nassr FC masih menunggu keputusan bintang sensasi Cristiano Ronaldo sama ada bersetuju untuk menyertai kelab berkenaan, kata pengarahnya Marcelo Salazar, lapor STATS Perform/dpa.

Ronaldo, 37, pada November lalu telah pun meninggalkan kelab Manchester United.

Al Nassr mula mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat pemain itu sejak awal Disember dan setakat ini belum ada sebarang perjanjian mengenai perkara itu dimuktamadkan.

“Saya tidak boleh mengatakan ya atau tidak setakat ini. Kita tunggu dan lihat hasilnya bagaimana menjelang penghujung tahun.

“Seperti yang anda saksikan, ini rundingan yang sangat besar, bukan sahaja untuk kelab, tetapi untuk negara dan bola sepak dunia dan perlu dikendalikan oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved