“Alamak!” – Nurul Shuhada Tak Sangka Komen Jadi Viral, Sudah Minta Maaf Pada Puteri Sarah

Entertainment
11 Jan 2024 • 11:29 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lepas, tular satu khabar angin yang menyatakan Puteri Sarah bakal menamatkan zaman jandanya gara-gara komen yang ditinggalkan di gambar perkahwinan Farah Lee oleh bekas isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada.

Khabar angin itu tersebar luas sehinggakan Puteri Sarah sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan dan menafikan dia bakal berkahwin tidak lama lagi.

Tidak mahu keadaan bertambah keruh, Nurul Shuhada atau lebih mesra disapa Shu memuat naik satu IG Story bagi menjelaskan perkara tersebut dan memberitahu ianya cuma satu salah faham.

image is not available

“Alamak, ini satu salah faham yang besar, komen Shu tu betul-betul untuk menzahirkan rasa bahagia untuk semua orang yang Shu hormati dan pandang tinggi dan tak ada berkait dengan apa-apa perkahwinan.

Tak sangka pula terpusing sampai macam tu sekali,” tulisnya.

Shu turut mengakui dia juga salah seorang peminat Puteri Sarah serta Farah Lee seperti orang lain dan tidak menyangka komennya itu disalah tafsir.

Malah, dia turut memberitahu dia tidak berniat untuk mencuri spotlight media sejurus meninggalkan komen tersebut.

Dalam IG Story yang sama, Shu memberitahu dia telah pun meminta maaf kepada Puteri Sarah secara peribadi serta berharap orang lain juga turut memaafkannya.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.